Monday, May 17, 2010

Saturday, May 31, 2008

Variasi fabrik tudung

Variasi fabrik tudung
Oleh JOHANNA A. SOBREY

Tudung-tudung yang terdapat di Anggerik Avenue mudah digayakan dan tidak mudah berkedut.

KEPELBAGAIAN kain tudung yang ditawarkan memberi pilihan gaya kepada si pemakai. Sama ada gaya ringkas mahupun dengan lilitan yang kelihatan kompleks, tidak dinafikan pemakaian tudung menambah keayuan wanita.
Mungkin ada yang beranggapan pemakaian tudung itu sedikit remeh, namun, bagi mereka yang telah biasa, pemakaian tudung itu sebenarnya mudah dan tidak memerlukan masa.
Menyedari kegusaran dan keinginan orang ramai yang inginkan tudung bergaya tanpa komplikasi, butik pakaian dan hiasan dalaman, Anggerik Avenue yang terletak di Kompleks PKNS menawarkan pilihan istimewa.

Menurut pemilik butik Anggerik Avenue, Amnas Ibrahim, butiknya banyak memberi fokus pada tudung-tudung yang mudah dipakai dan tidak mudah berkedut.

"Malah, tudung-tudung yang disediakan oleh butik ini tidak perlu digosok dan pastinya memudahkan mereka ketika berjalan jauh tanpa menyusahkan," katanya memaklumkan butik tersebut turut membuat anak tudungnya sendiri.

Menariknya, kata Amnas, ciri-ciri tidak berkedut tudung tersebut disebabkan oleh fabrik yang digunakan.

"Mengabungkan likra dan kapas, kain tudung yang ditawarkan bukan sahaja lembut, tetapi boleh diregangkan dan sejuk ketika dipakai. Ini memudahkan tudung tersebut diolah mengikut cita rasa dan bentuk muka si pemakai," jelasnya.

Memaklumkan bahawa tudung-tudung yang dijual di butik itu sebahagian besarnya direka dan dibuat sendiri oleh pihak Anggerik Avenue dengan material diperoleh dari luar, Amnas memaklumkan bahawa corak dan rekaan mendapat inspirasi daripada tudung-tudung yang dipakai oleh wanita dari negara-negara Timur Tengah.

"Secara kasar mungkin terdapat persamaan, tetapi kami telah mengolah kain tudung itu agar ia sesuai dengan keadaan negara ini," kata Amnas.

Menjelaskan jenis-jenis tudung yang terdapat di Anggerik Avenue, kata wanita ini: "Butik ini menawarkan pelbagai jenis tudung yang sesuai digayakan mengikut gaya hidup dan cara pemakaian tudung si pemakai."

BUTIK Anggerik Avenue menawarkan kepelbagaian tudung mengikut cita rasa masa kini.

Memulakan dengan tudung Dubai, Amnas menjelaskan: "Tudung ini boleh digayakan tanpa menggunakan kerongsang dan anak tudung kerana rekaannya yang terletak dan mudah dibentuk pada wajah."

"Berbeza dengan rekaan tudung tempatan, tudung Dubai terdiri daripada dua fabrik berbeza iaitu untuk bahagian menutup kepala yang bercorak dan bahagian panjang, umpama selendang yang polos dan boleh dililitkan di sekeliling kepala sebelum bahagian hujung diselitkan di bahagian bawah dagu.

"Jika pemakai tidak mahu menyelit bahagian hujung tudung, ia boleh dilepaskan mengikut panjang hujung kain yang diingini. Selain itu, pin juga boleh disematkan di atas kepala sewaktu lilitan kali kedua bagi mendapatkan gaya yang berbeza," katanya.

Sementara itu, terdapat dua variasi tudung Anggerik iaitu tudung Anggerik dan tudung Anggerik berombak tepi.

"Tudung anggerik sesuai digayakan oleh mereka yang memakai tudung labuh dengan bahagian dalam kain dilabuhkan menutup bahagian dada. Namun demikian, ia juga fleksibel dengan bahagian labuh kain dan boleh disesuaikan mengikut cita rasa si pemakai.

"Manakala tudung Anggerik berombak tepi mudah dipakaikan dengan hanya menyarungkannya di kepala dan bahagian hadapan kain dengan lipatan berjahit yang memberikan kesan beralun apabila kain ditarik dan pin disematkan di bahagian bahu," jelas Amnas.

Tudung mini ini boleh dipakai secara terus selepas pemakaian anak tudung.

"Tudung mini boleh dipakai terus atau digayakan mengikut cita rasa si pemakai. Lebar tudung juga boleh disesuaikan sama ada pendek atau labuh," kata Amnas.

Butik Anggerik Avenue turut menyediakan pelbagai koleksi pakaian wanita dan lelaki seperti baju kurung, baju Melayu, set baju dan aksesori pengantin.

"Kami juga menerima tempahan pelbagai pakaian dan juga aksesori rumah terutama langsir dan pelbagai pakaian untuk keramaian," kata Amnas.

Harga tudung gred A yang dijual di butik tersebut adalah RM39 untuk tudung kosong selapis, manakala tudung corak selapis bernilai RM42 sehelai.

Tudung Anggerik dijual pada harga RM49 manakala Dubai (RM39 hingga RM49) sehelai. Dipetik dari : Kosmo

Sunday, May 25, 2008

Tudung Hamidah

Diambil Dari Laman : http://anggerikavenue.com
Penyampai Berita RTM 1 pertama bertudung iaitu Datin Hamidah Hamzah begitu selesa mengenakan rekaan Anggerik Avenue sehinggakan tudung yang beliau kenakan sinonim dengan Tudung Hamidah.

Tudung Hamidah adalah unik kerana ianya merupakan rekaan Datin Hamidah Hamzah bersama Anggerik Avenue. Kerjasama beliau bersama Anggerik Avenue telah menghasilkan 20 ikatan tudung yang berbeza untuk dikenakan bersama pakaian untuk dipilih oleh Kementerian Penerangan.

Beliau merupakan duta Anggerik Avenue melalui rekaan tudung ekslusif kami iaitu Tudung Hamidah. Keunikan tudung Hamidah ini, beliau kelihatan bertambah anggun dan yakin semasa keudara.

Butik Anggerik Avenue di SACC Shah Alam

Untuk tatapan anda semua yang belum ke butik Anggerik Avenue di Sacc Shah Alam, Kalu pergi sure rambang mata punyalah, pembelian secara online dapat memudahkan anda view tudung-tudung yang berkenan dihati.
Diambil dari : http://www.tudung-anggerik.com/

Tudung Anggerik Avenue

Anggerik Avenue adalah butik pengantin, tudung, pakaian Haji serta Umrah. “Tampil Bergaya, Imej Berbeza” menjadi tagline kami. Pelbagai variasi produk serta rekaan terbaru untuk anda gayakan sepanjang masa samada untuk majlis formal, aktiviti santai atau ke pejabat Dibuka pada tahun 2001, Anggerik Avenue terkehadapan dalam memberikan pilihan kepada anda yang bertudung, kanak-kanak, baju melayu, kurta, kelengkapan pengantin dan pakaian haji serta umrah.

Rekaan ekslusif Anggerik Avenue menggunakan fabrik bermutu tinggi menjamin keselesaan anda. Produk Anggerik Avenue seperti tudung dan pakaian pengantin dijahit di bengkel kami di Shah Alam. Kekemasan jahitan dititik beratkan oleh kami.

Dengan pelbagai corak dan rekaan seperti Tudung Hamidah dan Tudung Raja Mazian telah menjadi sinonim dengan Anggerik Avenue kerana kedua-duanya merupakan duta rasmi Anggerik Avenue.

Tudung-tudung Anggerik Avenue tidak perlu diperkenalkan lagi, Anda pasti kenal penyampai berita RTM1 Datin Hamidah Hamzah dan Personaliti TV Raja Mazian Raja Mohamed (Pelopor Program Al-Hidayah) anda pasti teringat keunikan tudung-tudung yang mereka kenakan sepanjang program keudara. Anggerik Avenue merupakan penaja utama pemberita bertudung untuk RTM.

Anggerik Avenue menawarkan semua produk kami pada harga yang berpatutan untuk semua golongan untuk memiliki rekaan kami. Jom kesana …


ANGGERIK AVENUE
LOT-BR-10 @ BARIKA, TINGKAT 2, SACC MALL,
4000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN,
TEL / FAX : 603-55126700
152-3, TINGKAT 1, KOMPLEKS PKNS,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN,
TEL / FAX : 603-5116800

Diambil dari : http://anggerikavenue.com

Monday, May 19, 2008

Cara Pemakaian

PILIHAN 1 : Cuma 3 Step mudah sahaja! Tudung Anggerik ini jenis yang terbelah, akan ada sebelah panjang dan sebelah pendek.Seperti di gambar 1. Pastikan yang pendek di tarik ke belakang Yang Panjang disebelah kanan tarik ke bahu sebelah kanan dan pinkan. Senangkan! Hasilnya..anggun dan ayu, mudahkan memakainya. sangat selesa PILIHAN 2 : Tudung Anggerik ini jenis yang terbelah, akan ada sebelah panjang dan sebelah pendek.Seperti di gambar 1. Just ambil bahagian yang pendek dan pinkan di bahu sebelah kanan ambil bahagian yang panjang dan pinkan di bahu sebelah kiri Hasilnyer...sangat cantik..

Saturday, May 17, 2008

Alhamdulilah

Alhamdulilah, akhirnya impian untuk menjadi pengedar tudung anggerik ini tercapai jugak dengan bantuan Kak Noraini. Thanks a lot! Sejujurnya saya amat cintakan tudung anggerik ini. Mengapa saya memilih memakai tudung anggerik? 1. Saya adalah seorang ibu yang bekerja dan belajar, jadi saya tiada masa untuk mengosok-gosok tudung yang ada. So apa lagi kehadiran tudung anggerik ini bagai orang mengantuk disorong bantal. 2.Pelbagai jenis tudung telah sya pakai untuk sentiasa kelihatan anggun dan kemas, tapi hati saya tetap jatuh cinta dengan tudung anggerik. Senang dipakai, dibasuh dan menyimpan. 3.Oleh kerana saya suka tudung anggerik, so saya kena pergi setiap minggu ke SACC untuk melihat corak yang berkenan di hati..so bila takde yang berkenan sangatlah hampa, ialah nak kena drive ke sana, parking lagi..tapi bila ada peluang menjual tudung anggerik ni walaupun untungnyer tak seberapa..tapi saya puas sebab saya boleh pilih corak yang terkini..yes! 4.Pendorong saya juga adalah kak ipar saya yang berada di Jepun, beliau yang hendak memakai tudung anggerik yang membuatkan saya menjadi rajin sedikit untuk upload gambar2 tudung terkini untuk di pos ke negara matahari terbit itu.. Untuk setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan, saya harap wanita dan gadis di luar sana akan berpuas hati bila memakai tudung anggerik ni..sanagat tidak rugi! dan sangat selesa..